This is default featured post 1 title

Petua Mengelak Minyak Memercik Keluar

This is default featured post 2 title

Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

This is default featured post 3 title

Mahu berhenti merokok? Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya... 1. Melengah-lengah Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri

This is default featured post 4 title

Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging ketika memasak. Antaranya ialah: 1. Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa. 2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.

This is default featured post 5 title

Ambil beberapa ulas bawang putih dan kulitnya. Kisar bawang putih tadi hingga halus untuk mendapatkan pati bawang putih. Ambil 6 titik pati bawang putih dan dicampur dengan segelas air kosong. Amalkan minum air tersebut 3 kali sehari.

Saturday, April 14, 2012

Pendaftar Mahkamah Tinggi



Dato' Che Mohd Ruzima Ghazali
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

 

Profil
 
Y Bhg Dato’ Che Mohd Ruzima bin Ghazali dilahirkan pada 10 Julai 1961 di Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan awal di Kemaman dan Dungun, Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di dalam jurusan undang-undang  di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1985.

Memulakan kerjaya pada tahun 1985 di Mahkamah Bentong, Pahang sebagai Majistret. Pada tahun 1989 pula beliau bertugas sebagai Majistret Kanan di Mahkamah Johor Baru. Manakala pada tahun 1992 beliau bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pulau Pinang dan pada tahun 1993 beliau bertugas sebagai Penolong Penasihat Undang-Undang juga di Pulau Pinang.

Seterusnya pada tahun 2000 beliau telah bertugas di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian sebagai Penasihat Undang-Undang. Pada tahun 2001 pula, beliau bertugas sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Penasihat Antarabangsa dan pada tahun yang sama juga beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh.

Pada tahun 2003, beliau telah dilantik menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Kerjaya beliau diteruskan pula sebagai Penasihat Undang-Undang di Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi pada tahun 2007. Kemudian pada tahun 2008 beliau bertugas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan jawatan yang sama. Pada 17 Mei 2010 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sehingga kini.

Y Bhg Dato’ telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharipah binti Hassan yang dikurniakan 5 orang cahaya mata.

ALAMAT

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya,
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 2,
Istana Kehakiman,Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pendaftar Mahkamah Rayuan


    
Puan Azimah binti Omar
Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia

Profi
Y.Berusaha Puan Azimah binti Omar telah dilahirkan di Kajang, Selangor pada 2 Julai 1962. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh orang adik beradik. Beliau memulakan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat menengah Tingkatan 6 di Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur.

Selepas menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran di dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya dan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian pada tahun 1986.

Setelah tamat pengajian, beliau telah memasuki perkhidmatan perundangan dan kehakiman pada 15 September 1986 dan kerjayanya bermula pada 1 Oktober 1986 apabila beliau dilantik sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Klang. Selangor. Pada tahun 1989, beliau bertukar ke Mahkamah Agong (kini Mahkamah Persekutuan Malaysia) sebagai Penolong Kanan Pendaftar, Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat dan 6 bulan kemudiannya beliau telah dinaikkan pangkat kepada Pegawai Undang-Undang Tingkatan Kanan dan ditugaskan sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada tahun 1992 beliau bertukar ke Rawang sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Rawang, Selangor. 6 bulan kemudiannya, beliau berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Sungai Petani. Pada 1 Ogos 1993 beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Undang-Undang gred L2 dan ditugaskan sebagai Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah selama 8 tahun. Pada tahun 2001, beliau kembali bertugas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sembilan bulan kemudiannya,  beliau dinaikkan pangkat ke gred L54 sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menjalankan tugas Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Setelah bertugas selama lebih kurang 5 tahun di Mahkamah Persekutuan Malaysia, beliau bertugas pula sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Pada 1 September 2008, beliau telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Kementerian Kerja Raya selama lebih kurang setahun. Mulai 1 Oktober 2009, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pendaftar Mahkamah Rayuan sehingga kini.

Y.Berusaha Puan telah mendirikan rumah tangga dengan Encik Ibrahim bin Zainuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata; Ahmad Zulfadli, Ahmad Zulfikri, Farah Syafiqah dan Ahmad Zul Izzat.
ALAMAT

Pendaftar Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 2,
Istana Kehakiman, Presint 3,
62506 PUTRAJAYA


+603 8880 4045 +603 8890 5096
 
azimah@kehakiman.gov.my

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Profil Timbalan Ketua Pendaftar



Puan Azizah Binti Mahamud
Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

ALAMAT

Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 2, Istana Kehakiman, Presint 3,
62056 PUTRAJAYA


azizahm@kehakiman.gov.my
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Profil Pejabat Ketua Pendaftar - Profil Ketua Pendaftar


Dato' Hashim Bin Hamzah
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
 
PROFIL

Y.Bhg Dato' Hashim bin Hamzah dilahirkan pada 26 Disember 1961 di Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan awal di Alor Setar, Kedah dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Tingkat 4 hingga Tingkatan 6 di Maktab Tentera DiRaja, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Beliau adalah penerima Hadiah Komandan 1980 Maktab Tentera DiRaja sebagai pelajar terbaik keseluruhan dalam bidang akademik dan ketenteraan. Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya di dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya pada tahun 1980. Beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian pada tahun 1985.

Beliau telah memulakan kerjayanya pada bulan Julai 1985 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah. Seterusnya beliau bertugas sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah pada tahun 1986 dan sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kulim, Kedah pada tahun 1987. Pada tahun 1989 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Majistret Kanan di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah.

Pada 1 Disember 1992 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara di Negeri Perak Darul Ridzuan. Seterusnya bertugas sebagai Peguam Kanan Persekutuan/Ketua Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Cawangan Sarawak pada tahun 1999. Pada tahun 2002 beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Unit Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah Darul Aman.

Pada 1 Julai 2003 Y.Bhg Dato' Hashim telah kembali semula bertugas di mahkamah. Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak pada 2 April 2007 dan pada 2 Januari 2009 Y.Bhg Dato' Hashim telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Pada 3 Mei 2010, beliau sekali lagi telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Y.Bhg Dato' Hashim telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah binti Samsudin dan dikurniakan dengan 4 orang cahayamata.
 
ALAMAT

Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman, Presint 3
62506 PUTRAJAYA
+603 8880 3782 +603 8880 3886
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mengenai KamiFungsi Bahagian

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 12, 2012

Senarai Mahkamah Negeri Selangor

Senarai Mahkamah Negeri Selangor

BIL NAMA TELEFON FAX
1. Mahkamah Tinggi Shah Alam
Kompleks Mahkamah SSAAS,
Persiaran Pegawai, Seksyen 5,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

03-55103543 / 55103579 /55115090- 5095 03-55116328
2. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Shah Alam
Tingkat 3, Bangunan Annexe, Kompleks Mahkamah SSAAS,
Persiaran Pegawai, Seksyen 5,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
03-55103543 / 55103579 / 55115090- 5095 03-55113730
3. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Petaling Jaya
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya
Lorong Sultan,
46505 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
03-79476666 03-79603384
4. Mahkamah Majistret 3 Petaling Jaya
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya
Lorong Sultan,
46505 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
03-79544495
5. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Klang
Jalan Dato' Hamzah,
41506 Klang,
Selangor Darul Ehsan
03-33727671 / 33719069 / 33717367 03-33718702
6. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Klang ( Sivil 2 )
Tingkat 4, Menara A&M,
Garden Business Centre
No.3 Jalan Istana
41000 Klang
Selangor Darul Ehsan
03-33714462 / 03-33728197 03-33725079
7. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Ampang
Aras 1, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ)
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur.
03-42951025 / 1026 03-42950453
8. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Bandar Baru Bangi
Lot 3 Jalan 15/1,Off Jalan Pekeliling
43000 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
03-89269745 / 9746 / 9755 03-89269725
9. Mahkamah Majistret Kajang ( Bersidang Di Putrajaya )
Aras 1 & 2, Zon Selatan
Bangunan Annexe
Istana Kehakiman, Presint 3
62506 Putrajaya.
03-88804277 / 3501 / 4282 03-88804281
10. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Selayang
Jalan Pegawai,KM 16 Jalan Ipoh
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
03-61376905 / 61376112 / 61378601 03-61379844
11. Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
03-60641255 03-60645313
12. Mahkamah Sesyen Semenyih
Lot 1180C, Jalan Taman Seroja
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.
03-87063263 03-87063267
13. Mahkamah Majistret Telok Datok
Jalan Stadium Jugra,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
03-31871228 03-31874259
14. Mahkamah  Sesyen Dan Majistret Sepang
Lot 1180C, Jalan Taman Seroja
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.
03-87063263 03-87063267
15. Mahkamah Majistret Kuala Selangor
Jalan Klang,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan
03-32891544 / 03-32894953 03-32891104
16. Mahkamah Majistret Sungai Besar
Jalan Besar,
43500 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan
03-32242372 03-32245190
17. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Sepang (PATI KLIA)
Lot 1180C, Jalan Taman Seroja
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.
03-87063263 03-87063267
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 4, 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011


 













SEKALUNG TAHNIAH KEPADA WARGA MAHKAMAH NEGERI SELANGOR YANG MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011


DAN 5 ORANG DARI MAHKAMAH SESYEN KLANG
1. En. Zulkarnain bin Azeman
2. Pn. Guchan Kaur a/p Banta Singh
3. Pn. Nor Mimi Saifura binti Baharom
4. Pn. Thinarachagi a/p Gunasakaren
5. En. Mohamed Nazri bin Ramli


BIL NAMA JAWATAN GRED TEMPAT BERTUGAS
1. Pn. Rozina binti Ayob Hakim Mahkamah Sesyen L54 Mah.Sesyen Petaling Jaya
2. Pn. Maziah Joary binti Mohd Tajuddin Hakim Mahkamah Sesyen L54 Mahkamah Sesyen Selayang
3. En.Ramesh a/l Gopalan Timbalan Pendaftar (M) L54 Mahkamah Tinggi Shah Alam
4. Pn. Tasnim binti Abu Bakar Timbalan Pendaftar (M) L52 Mahkamah Tinggi Shah Alam
5. En. Mohd Fadhly binti Yaacob Penolong Kanan Pendaftar L41 Mahkamah Tinggi Shah Alam
6. En. Muhammad Najib bin Ismail Majistret L41 Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu
7. Pn. Mariyah binti Md.Jan Setiausaha Pejabat N36 Mahkamah Tinggi Shah Alam
8. Pn. Masni binti Julaihi Penolong Pegawai Undang-undang L38 Mahkamah Sesyen Shah Alam
9. En. Rozaidi bin Yaacob Penolong Pegawai Undang-undang L29 Mahkamah Sesyen Sepang
10. Pn. Nizar binti Noordin Setiausaha Pejabat N28 Mahkamah Tinggi Shah Alam
11 Pn. Madihah binti Mahmud Setiausaha Pejabat N27 Mahkamah Tinggi Shah Alam
12 Pn. Jasbinder Kaur a/p Dilbara Singh Jurubahasa L22 Mahkamah Tinggi Shah Alam
13 En. Vijayan a/l Kochan Jurubahasa L22 (KUP) Mahkamah Tinggi Shah Alam
14 Pn. Surayah binti Sugi Jurubahasa L22 (KUP) Mahkamah Sesyen Selayang
15 En. Osman bin Hitam Pembantu Tadbir (Kew) W17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
16 En. Dzulkifli bin Tius Pembantu Tadbir (P/O) N17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
17. Pn.Norhuzaimah binti Samsuri Pembantu Tadbir (P/O) N17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
18. Pn. Nurmariani binti Hashim Pembantu Tadbir  (P/O) N17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
19. Pn. Norazian binti Afiffin Pembantu Tadbir (P/O) N17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
20. Pn. Guchan Kaur a/p Banta Singh Pembantu Tadbir (P/O) N17 Mahkamah Sesyen Klang
21. Pn. Nurdalilah binti Shani Pembantu Tadbir (P/O) N17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
22. En. Douglas Mengga Anak Utam Pembantu Tadbir (P/O) N17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
23. Pn. Siti Faridah binti Zulkapli Pembantu Tadbir (P/O) N17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
24. Pn. Thinarachagi a/p Gunasakaren Jurubahasa L17 Mahkamah Sesyen Klang
25. Pn. Shadiana binti Shaharudin Jurubahasa L17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
26. Pn. Zeti Fairuza binti Ahmad Jurubahasa L17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
27. Pn. Rehah binti Ismail Jurubahasa L17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
28. En. Mohd Khairil Anuar bin Jayosman Jurubahasa L17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
29. Pn. Norazah binti Mohazir Jurubahasa L17 Mahkamah Sesyen Ampang
30. Pn. Theresa Ling Siaw Hung Jurubahasa L17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
31. Pn. Noor Afzan Zuliana binti Zulkufly Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi
32. Encik Aizan Fairus bin Abidin Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
33. Pn. Che Su binti Musa Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
34. En. Mohd Naim bin Banot Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Majistret Kajang
35. Pn. Sarina binti Selamat Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
36. En. Nabil Kumar a/l Gunasagram Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
37. Pn. Meliana binti Da’it Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Sesyen Sepang
38. Pn. Nor Mimi Saifura binti Baharom Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Sesyen Klang
39. Pn. Haryana binti Adam Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Sesyen Shah Alam
40. En. Mohd Zulhisyam bin Kamaruzzaman Pembantu Tadbir Undang-undang L17 Mahkamah Tinggi Shah Alam
41. En. Mohd Izwan bin Senin Pemandu Kenderaan R3 Mahkamah Sesyen Shah Alam
42. En. Mohamed Nazri bin Ramli Penghantar Notis N3 Mahkamah Sesyen Klang
43. En. Zulkarnain bin Azeman Penghantar Notis N3 Mahkamah Sesyen Klang
44. En. Mohd Faizal bin Ramli Penghantar Notis N3 Mahkamah Tinggi Shah Alam
45. En. Fauzi bin Husin Pembantu Am Pejabat N1 Mahkamah Tinggi Shah Alam
46. En. Nasir bin Othman Pembantu Am Pejabat N1 Mahkamah Tinggi Shah Alam
47.

En. Hafifi Hafiz bin Mohamed Pembantu Am Pejabat N1 Mahkamah Tinggi Shah Alam
48. En. Shahrul Rizal bin Saaban Pembantu Am Pejabat N1 Mahkamah Sesyen Shah Alam
49 En. Rosaidi bin Mat Zain Pembantu Am Pejabat N1 Mahkamah Tinggi Shah Alam


 
Gambar-gambar semasa APC 2011
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pertandingan Memancing 3 penjuru

31/3/2012
KOLAM SEA LION KLANG

pertandingan  memancing anjuran mahkamah klang/polis & peguam 31/3/2012 sabtu di kolam memancing sea lion pelabuhan klang..

seramai 51 perserta telah memasuki pertandingan ini dan hadiah nya juga agaK lumayan bagi tempat pertama MERUPAKAN :

1. lcd 42 inci
2 led 32 inc
3 kipas angin SILING

dan 10 hemper merupakan hadiah lucky draw
 

(tempat pertama ikan kerapu seberat 17kg)



 kolam sea lion pelabuhan klang


   S/I kita tengah bagi taklimat siket mengenai atucara dan syarat 2
   pertandingan...  dan di bawah ini semua para perserta














   MANA IKAN TAK MAKAN MAKAN NEEEE

    CAM BORING JEEE TUNGGU IKAN













 para perserta tengah menunggu tangkapan ikan dengan penuh kesabaran...

haa yang ini ikan pertama ku kerapu 17 kg
























    HAMPIR SAMA JE BESAR



 penyampai hadiah dan lucky draw dan selepas berpenat lelah para perserta di jamu selera di restoran bagan pelabuhan klang



   tempat ke tiga

 tempat ke dua

 haa ne dia tempat pertama

    TEMPAT PERTAMA


   TEMPAT KE DUA

    HAMPEH DAPAT MAKAN JEE LLAA
   TIGA BUDAK NAKAL

    PUAN NORSHARIDAH BT AWANG ( HAKIM) DAN PUAN AZLINDA
   





   




SEKIAN TERIMA KASIH


http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Powered by Blogger.
Powered By Blogger