Wednesday, April 4, 2012

Blog hina mahkamah

Blog hina mahkamah
Oleh Sazarina Shahrim

2012/03/13

PUTRAJAYA: Satu laporan polis dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia berhubung isu mengenai artikel mendakwa kononnya hakim boleh dibeli murah yang disiarkan di dalam beberapa laman blog.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Mahkamah Persekutuan, Mohd Aizuddin Zolkeply, berkata laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya pada 8 Mac lalu itu dibuat terhadap penulis blog terbabit. Beliau berkata, badan kehakiman memandang serius perkara yang boleh mencemarkan imejnya terutama melalui penulisan dan komen tidak berasas yang berniat menjatuhkan imej dan integriti hakim.
“Ada saluran dan kaedah yang betul di sisi undang-undang untuk mengadu sekiranya wuju salah laku hakim dan bukannya melalui penyebaran kenyataan, komen atau artikel yang berunsur fitnah yang boleh mengelirukan masyarakat umum.

“Kenyataan itu boleh tergolong di dalam perbuatan menghina mahkamah yang boleh diambil tindakan dan dikenakan hukuman mengikut undang-undang.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati badan kehakiman negara sebagai sebuah institusi yang menegakkan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada artikel bertajuk ‘Yang Arif Hakim Boleh Dibeli Murah Oleh Razak Mohd Noor’ yang disiarkan oleh blog ‘Justice 4 Sale’ (http://justice4sale.blogspot.com/2012/02/yang-arif-hakim-boleh-dibeli-murah-oleh.html) dan juga disiarkan di dalam beberapa blog seperti Papa Gomo (http://www.papagomo.com).
Mohd Aizuddin berkata, penulis artikel itu membuat kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Anantham Kasinather, dan juga mengaitkan hakim lain mengenai urusan campur tangan dalam kes membabitkan Magic Telekom Sdn Bhd dan Numix Engineering Sdn Bhd.

“Pejabat ini tidak berhasrat memberikan komen lanjut kerana ia masih dalam siasatan polis,” katanya.

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger