Saturday, April 14, 2012

Pendaftar Mahkamah Tinggi



Dato' Che Mohd Ruzima Ghazali
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

 

Profil
 
Y Bhg Dato’ Che Mohd Ruzima bin Ghazali dilahirkan pada 10 Julai 1961 di Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan awal di Kemaman dan Dungun, Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di dalam jurusan undang-undang  di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1985.

Memulakan kerjaya pada tahun 1985 di Mahkamah Bentong, Pahang sebagai Majistret. Pada tahun 1989 pula beliau bertugas sebagai Majistret Kanan di Mahkamah Johor Baru. Manakala pada tahun 1992 beliau bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pulau Pinang dan pada tahun 1993 beliau bertugas sebagai Penolong Penasihat Undang-Undang juga di Pulau Pinang.

Seterusnya pada tahun 2000 beliau telah bertugas di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian sebagai Penasihat Undang-Undang. Pada tahun 2001 pula, beliau bertugas sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Penasihat Antarabangsa dan pada tahun yang sama juga beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh.

Pada tahun 2003, beliau telah dilantik menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Kerjaya beliau diteruskan pula sebagai Penasihat Undang-Undang di Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi pada tahun 2007. Kemudian pada tahun 2008 beliau bertugas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan jawatan yang sama. Pada 17 Mei 2010 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sehingga kini.

Y Bhg Dato’ telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharipah binti Hassan yang dikurniakan 5 orang cahaya mata.

ALAMAT

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya,
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 2,
Istana Kehakiman,Presint 3,
62506 PUTRAJAYA

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger