Saturday, April 14, 2012

Pendaftar Mahkamah Rayuan


    
Puan Azimah binti Omar
Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia

Profi
Y.Berusaha Puan Azimah binti Omar telah dilahirkan di Kajang, Selangor pada 2 Julai 1962. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh orang adik beradik. Beliau memulakan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat menengah Tingkatan 6 di Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur.

Selepas menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran di dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya dan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian pada tahun 1986.

Setelah tamat pengajian, beliau telah memasuki perkhidmatan perundangan dan kehakiman pada 15 September 1986 dan kerjayanya bermula pada 1 Oktober 1986 apabila beliau dilantik sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Klang. Selangor. Pada tahun 1989, beliau bertukar ke Mahkamah Agong (kini Mahkamah Persekutuan Malaysia) sebagai Penolong Kanan Pendaftar, Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat dan 6 bulan kemudiannya beliau telah dinaikkan pangkat kepada Pegawai Undang-Undang Tingkatan Kanan dan ditugaskan sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada tahun 1992 beliau bertukar ke Rawang sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Rawang, Selangor. 6 bulan kemudiannya, beliau berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Sungai Petani. Pada 1 Ogos 1993 beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Undang-Undang gred L2 dan ditugaskan sebagai Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah selama 8 tahun. Pada tahun 2001, beliau kembali bertugas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sembilan bulan kemudiannya,  beliau dinaikkan pangkat ke gred L54 sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menjalankan tugas Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Setelah bertugas selama lebih kurang 5 tahun di Mahkamah Persekutuan Malaysia, beliau bertugas pula sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Pada 1 September 2008, beliau telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Kementerian Kerja Raya selama lebih kurang setahun. Mulai 1 Oktober 2009, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pendaftar Mahkamah Rayuan sehingga kini.

Y.Berusaha Puan telah mendirikan rumah tangga dengan Encik Ibrahim bin Zainuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata; Ahmad Zulfadli, Ahmad Zulfikri, Farah Syafiqah dan Ahmad Zul Izzat.
ALAMAT

Pendaftar Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 2,
Istana Kehakiman, Presint 3,
62506 PUTRAJAYA


+603 8880 4045 +603 8890 5096
 
azimah@kehakiman.gov.my

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger